Thursday, August 15, 2013

DIKRITIK SBB BERDAKWAH?


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول لله

..Hey, Anda!! Yes, i mean, 'You.'.. who are reading this status right now.. Actually, I just want t0 ask you something. Ehh, this is not about how many your money raya and so on..
..emm.. ok..begini, sahabat..

"Pernahkah anda ditegur atau dikritik seseorang? Dan apakah perasaan dan refleksi anda terhadap kritikan tersebut? Ada tak rasa macam nak nanges sambil marathon laju-laju keliling rumah? Atau ada rasa nak gigit, geram, marah, tidur tak lena,sebak, sedih bangat, stress bagai.. ke tak rasa apa-apa pun?

Ha’aa.. Sebenarnya, semua ini adalah normal saja dan bukanlah sesuatu yang agak poyo sangat.. Kenapa rasa macam itu ea? Sebabnya mudah. Manusia ni, ada egonya. Dan ego itulah yang membuatkan kita sedih dan stress. Kita sedih sebab ego kita jatuh tatkala ditegur atau dikritik teruk. Tapi kita tak panggil ia ego, kita katakannya maruah. Maruah kita jatuh, dan sebenarnya apa yang kita katakan maruah itulah sebenarnya ego. Mahu tahu apa itu sebenarnya ‘ ma ru ah’?

Maruah itu adalah harga diri kita dengan Allah. Iaitu bagaimana kita berusaha menjaga diri dari terjebak dengan maksiat, bagaimana kita berusaha pertahankan agama Allah, bagaimana kita berusaha menjadi hambaNya yang baek lagi taat..

Sekiranya kita menjaga diri kita di hadapan Allah, tidak timbul lagi isu maruah sesama manusia kerana Sang Pencipta sudah pun menjaga maruah kita.. Benarlah sebagaimana yang tercatat dalam satu hadis: إحفظ الله يحفظك ‘jagalah Allah nescaya Dia akan menjaga kamu.’

Emm..Semestinya diri ini pun tak terlepas dari warna-warni kritikan dan teguran..

Pernah suatu pagi yang agak hening berlokasi di surau al-Ansouri, seorang juniur di aIRIs, ada bertanya, lebih kurang begini bunyinya :

" Kak Piin, kami tengok mpa macam cool saja, walaupun macam-macam orang kata,kritik bila mpa teguq and cakap apa2 kat depan.. Eh, macam mana ea, kita nak hadapi dengan tenang segala kritikan dari orang ramai bilamana kita buat kerja da’wah ataupun melakukan sesuatu..?"

..Erk..Uhuk.. Tersedak air liur dengar dia cakap begitu.. Nak tergelak pun ada.. Eehe,Abih nampak cool laa sangat..

Alahai..Memang, depan orang ramai, berlagak kononnya macam tenang. Cool. Even, during facing all kinds of criticism and criticism from various kinds of people, and in the same time without any supports from others....

Tapi, sebenarnya.. dalam hati ni, 'innallaha a'liimun biza tissudhur..' Hanya Dia yang tahu betapa bergolaknya hati ini bagaikan air yang sedang mendidih.. Aku pun manusia jugak. Iman ni, yazid wa yanqus.. Tipulah kalau cakap tak rasa apa-apa bila orang kritik. Pernah rasa nak nanges kuat-kuat, tapi cegar pulak kalau orang nampak, jatuhlaa saham nanti..ego la katakan.. Setakat ni, alhamdulillah, jarang dizahirkan lagi .. still in control..

So,actually, what's your point? How're we going to face the criticism?

0hoo..Hehe. Lupa pulak..

Sahabat.. Tatkala ditegur dan dikritik, lakukan langkah2 berikut untuk hiburkan jiwa:

*Terima kritikan, anggap ia sebagai ujian
*sabar dengan kritikan,ada orang yang lebih teruk kena kritik.
*syukur atas ujian
*Betulkan yang silap, teruskan mana yang kita yakin tidak silap.

Dan katakan juga kepada hati :

‘Duhai hati, apabila ditegur, janganlah stress sangat. Relaks saja. Kita ini tak sempurna mana. Memanglah layak untuk ditegur pun. Memang patut dinasihati. Sedangkan Rasulullah saw yang maksum ditegur Allah, apatah lagi kita,kan..’

Eh,benarkah Rasulullah saw pernah ditegur Allah? Tak pernah tahu pun..

Yup, Rasulullah pun pernah kena tegur. Nak tahu? Antaranya, try la semak surah al-Ahzab, ayat 37..

Dalam surah ini, Allah perintahkan agar baginda saw menikahi Zainab binti Jahsy ,iaitu bekas isteri anak angkat baginda - Zaid bin Harithah. Ini merupakan strategi Allah di mana Dya mahu menghapuskan salah satu tradisi masyarakat Arab ketika itu. Dalam isu ini, Nabi takut kepada cercaan manusia . Jadi, Allah menegur baginda; takut hanya pada Allah semata-mata.

Subhanallah. Tengok. Betapa amanahnya nabi dalam menyampaikan ayat ini. Meskipun baginda sedang ditegur Allah dalam ayat ini, baginda menerima teguran dengan matang.

Nabi pun kena tegur,kritik, apalagi kita? Lagi patut kena kritik..Matang dikritik membuatkan membuatkan potensi diri kita lebih mudah melonjak hebat, insyaAllah.. However, nasihat yang agak kurang berasas tak perlulah kita menyeksakan diri untuk memenuhi kepuasannya. Biar kita ada neraca Al Quran dan sunnah untuk membuat pilihan hidup..

Mari kita belajar pula daripada peribadi Syeikh al-Qaradawi. Beliau ulama’ besar kot. Namun begitu, beliau selalu teruk kena tegur dan kritik. Bahkan kadangkala, diperlakukan seakan-akan beliau musuh Islam. Tetapi beliau relaks saja. Still cool. Subhanallah.. Owwsem..

Ulama’ besar sehebat beliau pun dikritik, dituduh, dilabel. Maka, kita yang hujahnya tak mantop mana, apatah lagi.. Lumrahlah dikritik. Ia sebahagian dari warna-warni kehidupan.

Jadi, Janganlah disebabkan hanya secebis kritikan, kita nak bermasam muka dengan saudara, tak bertegur sapa sesama tetangga ..Kita mesti bersatu. Relaks saja. Pendapat A kita hormati. Pendapat B kita rai. Pendapat C kita puji. Meskipun pendapat D lebih kita percayai..


dipetik drpd ukhti piin hurzaid. ^^

No comments:

Post a Comment