Monday, November 21, 2011

Demi Cinta-Nya, Ku Tinggalkan Cinta Manusia


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول لله

Assalamualaikum .. Hari ni saya nak share satu kisah yg patut dibaca terutmanya golongan remaja .. InsyaAllah , kisah ini akan membuka pintu hati kita untuk bertaubat .. saya harap , anda dapat membaca sehingga habis n hayatinya .. InsyaAllah =)



Hembusan bayu yang bertiup lembut bersama-sama dengan deruan ombak yang memukul pantai begitu mententeramkan jiwa-jiwa hamba Sang Pencipta..Nyaman dan damai..

"qibah, hati aku ni gelisah sangatlah rasanya sekarang ni" luah Anna kepada sahabatnya, Nur Naqibah

"apa yang buat hati kau gelisah tu? cube cerita kat aku ni. aku setia mendengar. Nak bebel panjang-panjang pun takpe. hehe" soal Naqibah sambil tersenyum kepada sahabat baiknya itu.

"hm, tak tahu lah. mungkin kerna dosa-dosa aku yang banyak kot. mahu saja aku jadi pokok kelapa ni. mesti tenang hari-hari dengar ombak yang menenangkan ni kan. huhu.. tapi tulah, sempena bulan Ramadhan ni aku nak sangat berubah. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Aku nak jadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Tapi.."

"tapi apa?"

"tapi.. hmm. Kau tahu kan aku sekarang ni couple dengan Azzam. Tapi, bibir aku ni berat sangat nak cakap kat Azzam yang aku dah taknak terlibat dengan couple ni. Aku nak putus dengan dia.. aku tahu couple ni haram. Aku nak berubah. tapi, bila aku fikir balik, banyak benda dia dah berkorban untuk aku, dia dah bagi aku macam-macam.. banyak sangat aku rasa.. aku tak sangguplah mintak clash kat dia.. takut dia kecewa, takut dia merana, dan aku pun masih sayang kat dia..aku tak sampai hatilah ! tapi.."

"hm tapi ape lagi Anna?"

"tapi aku nak berubah betul-betul ni qibah.."

"aku faham perasaan kau Anna. Aku pun seorang perempuan macam kau.. tapi, alhamdulillah setakat ini, Allah masih menjaga hati aku ini, Allah masih memegang hati aku ni agar tidak terlibat dalam perkara maksiat dan aku pun selalu berharap pada Allah agar aku dengan kau dijauhkan daripada segala perkara maksiat.. sebab aku sayang kau Anna.."

"aku pun sayang kau qibah"

"hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? tapi Anna kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?

" ish, tahulah. Mestilah Allah"

"kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?"

"of course lah pencipta kita, Allah"

"kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?

"Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan.."

" ha sekarang kau sedar tak?"

"sedar dah.."

"ape yang kau sedar?"

"aku sedar semuanya datang dari Allah.."

"lagi?" soal qibah lagi..

"lagi apa?"

"kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau cantik, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri"

"tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni"

"abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi Azzam yang kau kata telah beri 'segala-galanya' tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..?kau sanggup membelakangkan Allah demi Azzam?"

"hmm.." Anna tertunduk.. diam seribu bahasa.

"Anna, aku kenal kau bukan sekejap, dah lama dah, aku tahu kau bukan perempuan yang jahat-jahat. Kau baik. bagi aku kau sangat baik dan alhamdulillah sekarang ni kau ada niat yang sangat baik. nak berubah ke arah yang lebih baik. itu sangat baik tau. Fitrah manusia ni sentiasa suka pada kebaikan. Cuma kadang-kadang apabila nafsu menguasai diri, yang tak baik, buruk dan jelek tu nampak indah je di mata kita. itulah perlunya diri kita muhasabah diri kita kembali. Di mana kita, apa tujuan kita hidup ini. Adakah hidup ini hanya suka-suka. Pasti tidak bukan. Yang pasti setiap hamba Allah seperti kita ini mengharap pada redha-Nya agar ditempatkan kita di dalam Syurga-Nya. Jika kita jelas apa tujuan kita insyaAllah kita lebih matang dalam membuat pilihan. Tujuan hidup kita ni mengharapkan keredhaan Allah. Tapi, persoalannya disini, bercouple tu satu cara untuk mendapatkan redha Allah kah? Atau couple itu satu cara yang membawa kita ke dalam kemurkaan-Nya? Aku tahu kau dapat jawab soalan ini kan."

"qibah, aku tahu couple tu mengundang kemurkaan Allah bukannya mengundang keredhaan Allah.. tapi qibah, aku perlukan kekuatan untuk mintak clash tu. susah sangat aku rasa..aku sayang kat Azzam dan aku tahu Azzam pun sayang kat aku, tak kan aku nak biarkan dan tinggalkan dia camtu je..dia selalu kata kat aku yang dia akan cintakan aku sampai bila-bila."

"Anna, anna.. kau pasti kah Azzam sayang kau? Cuba kau fikir ya betul-betul. Azzam mesti tahu kan yang couple ni boleh mengundang kemurkaan Allah. Dia tahu benda ni berdosa. Dan kalau dia sayang kau, mengapa dia sanggup mengajak kau turut bersama-sama dengannya bergelumang dengan dosa-dosa serta bersama-sama menempah kemurkaan Allah?adakah itu yang kau panggil sayang?. kau kata tadi dia selalu ucap yang dia akan cintakan kau sampai bila-bila.. sampai bila-bila tu sampai mana? Sampai bila-bila di neraka atau sampai bila-bila di syurga? Jika di syurga tak kan lah dia mengajak kau melakukan sesuatu yang mengundang murka-Nya?tak kan dia tidak tahu yang bila Allah murka ke atas kita, nerakalah tempat kita.."

Anna diam.. tertunduk.. rasa bersalah menghempap dirinya.. airmata hangat membasahi pipinya..

"Anna, kalau benar-benar dia sayang kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara yang boleh merosakkan kau, boleh menganggu gugat kesucian diri kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara maksiat ni dan kalau benar dia sayang dengan kau pasti dia mahu lihat kau bahagia hingga ke syurga, pasti dia mahu lihat kau sentiasa dalam keredhaan Allah serta pasti juga dia akan benar-benar serius untuk bersama dengan kau dengan ikatan yang halal yang diredhai oleh Allah.. Aku sayang kau anna.. aku sedih bila kau begitu cepat termakan dengan kata-kata manis Azzam. lelaki yang baik itu melindungi, bukannya merosaki.Aku taknak lihat kau jadi seperti kebanyakan remaja di luar sana, yang berpeleseran, berdua-duan, bermanja-manjaan dengan lelaki yang belum tentu menjadi suaminya. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Biarlah kau menangis.. Aku lebih rela melihat kau menangis di depan aku saat ini daripada kau menangis di hari yang tiada guna lagi segala esakan tangisan.."

"hmm.. aku tak tahu nak cakap apa lagi.. kau doakan aku ya.. insyaAllah aku akan cuba melawan semua ini.."

"insyaAllah, kau boleh Anna.. sesungguhnya.. kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayang kau kepada Azzam tidak menjamin apa – apa bentuk kebahagian pun kerna rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap. Teruskan niat baik kau tu Anna. Aku sentisa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakrdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah"

"terima kasih naqibah ! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan tinggalkn cinta manusia yang tidak menjamin apa-apa..."

"alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan nafsumu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai.."

"insyaAllah.."

*************************************************************

malam itu, matanya seakan tidak mahu dilelapkan dek fikirannya yang masih menerawang memikirkan permasalahan yang tersimpan di kotak fikirannya. lantas, dicapainya sebatang pen... digerakkan pena itu di atas sehelai kertas putih..

Assalamualaikum...

Azzam. Saya tidak tahu bila saya akan mati.. saya takut Allah akan tarik nyawa saya ketika saya masih lagi bergelumang dengan maksiat.. oleh itu, sementara iman ini masih bernadi, selagi kesedaran ini masih lagi dianugerahi.. saya tekad.. Demi Cinta-Nya, saya tinggalkan cinta awak...... saya mahu berubah. Tolong jangan hubungi saya lagi.. terima kasih atas segala-galanya.. ini adalah surat terakhir dari saya untuk awak.. jika awak benar-benar cintakan saya, tolong nikahi saya. jika tidak bersedia, jangan mudah melafaz cinta pada sesiapa. sekian. moga Allah redha.. wassalam..

"semoga kau mengerti dan fahami niatku azzam", monolog hatinya..

"Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu.Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu. Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu..aku begitu lalai dengan cinta dunia.. hinanya aku Ya Allah.. ampunilah dosaku Ya Allah..permudahkanlah untuk ku kembali pada jalanMu..", hati Anna dibisiki kata-kata keinsafan sambil airmata keinsafan tidak henti-henti mengalir di pipi..

Mengapa neraka diciptakan?


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول لله

Assalamualaikum .. hari ini saya nak share satu cerita .. kadang2 pasti kita tertnya2 , knapa Allah ciptakan neraka .. ingt ! smua yg dicipta oleh Allah pasti ada hikmahnya / sebabnya .. kisah ini akan menjelaskan salah satu neraka dicipta ;D selamat membaca ..



Ini kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekanakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatinmasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamnsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak

Saturday, November 12, 2011

Dosa yang lebih BESAR dari berzina


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول لله



Assalamualaikum !

hari ni saya nak share satu kisah yang mnunjukkan ada dosa yg lebih BESAR dari BERZINA ..hah ? ada ka ? dosa pa hah ? haaa .. kalau nak tau , jom kita baca kisah ni .. moga2 dapt djadikan pengajaran untuk kita .. InsyaAllah ;) selamat membaca ..

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.
Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai
tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan
berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut
mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!"
desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu eneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur
luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula
manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi
Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang
wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk
menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja
dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang
itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman
Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar
dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70
nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah

♥ Ustaz Azhar Idrus ( Original ) fb ♥

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

SUMBER: najmie kuantan (http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=295096900515353&id=100000095683860)

Rasulullah Saw, bersabda “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi JOM SHARE =D